Kertas Kerja Cadangan (Proposal) Bengkel KnowMe Excel : Tips & Tricks

Kertas Kerja Cadangan (Proposal) Bengkel KnowMe Excel : Tips & Tricks 



Slide Pembentangan Kertas Kerja Cadangan (Proposal) 
Bengkel KnowMe Excel : Tips & Tricks 

Tarikh Kemaskini : 22 Mei 2022

1.0              Pendahuluan
                                                           
    Teknologi komputer telah menjadi perkara penting dalam kehidupan seharian kita. Adalah hampir mustahil untuk melepaskannya dalam pengaruh harian kepada kita; daripada penghantaran maklumat pantas, cetakan, dan resit, kepada kawalan lampu dan suhu tempat kerja” (Deaton, 1990). Pengetahuan asas dalam bidang komputer adalah sangat diperlukan pada masa kini dan ianya sangat membantu di dalam kehidupan hampir setiap manusia sama ada dalam bidang pendidikan, perniagaan dan pekerjaan.
    Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi utama kerajaan yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.  Justeru, keperluan untuk menguasai kemahiran dalam menggunakan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Excel amatlah diperlukan dalam menyiapkan tugasan harian. Aplikasi Microsoft Excel sangat berguna dalam mengedit, mengolah data, menganalisis dan mempersembahkan data. Bagi mereka yang kurang kemahiran, aplikasi ini dianggap sukar bagi mereka sedangkan terdapat pelbagai cara mudah yang mereka boleh aplikasikan dalam Microsoft Excel ini.
    Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan suatu elemen yang penting untuk menyampai dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Service-Learning atau pembelajaran berasaskan khidmat merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mengoptimumkan pengalaman dalam berkhidmat kepada masyarakat. Tetapi, pandemik COVID-19 telah mengubah corak serta kaedah PdP daripada secara tradisional kepada secara maya dan menjadi norma baharu di Malaysia. Berdasarkan keputusan  Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 pada 15 Oktober 2021, Mesyuarat memutuskan supaya Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) dibenarkan di negeri-negeri PPN Fasa 3 secara bersemuka, melibatkan individu yang telah lengkap divaksin berkuatkuasa 18 Oktober 2021 dengan syarat-syarat seperti melaksanakan ujian saringan COVID-19 (pre-event test) melalui kaedah saliva test atau RTK-Antigen, mematuhi penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kapasiti 50% mengikut ruang. Tema program kami adalah service learning era pasca pandemic iaitu model kerangka nilai pengurusan masa sepanjang norma baharu Malaysia pasca pandemik. Oleh itu kami bersepakat untuk melaksanakan Bengkel Knowme Excel : Tips And Tricks secara bersemuka dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Fokus idea untuk melaksanakan program ini adalah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar secara bersemuka berkenaan tips dan tricks menggunakan perisian Microsoft Excel kepada anggota MySTEP DOSM dalam memastikan pegawai tersebut melaksanakan tugasan yang diberikan dengan lebih pantas dan cekap tanpa mengabaikan kualiti kerja.


2.0  Kajian Lepas

    Negara Malaysia mempunyai wawasan dan matlamat untuk mencapai tahap sebagai salah satu negara maju secara holistik. Melalui wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad diharapkan negara kita akan melahirkan lebih ramai modal insan yang bermutu setanding dengan perkembangan dunia. Modal insan merupakan aset berharga dalam sesebuah negara. Penjawat awam merupakan modal insan yang menjadi penggerak kepada sektor pekerjaan iaitu sektor kerajaan atau swasta. Di samping itu, berdasarkan konsep pendidikan sepanjang hayat yang dinyatakan dalam Rancangan Pembangunan Negara 2001-2010 penjawat awam diharapkan dapat memberi motivasi kepada segenap lapisan masyarakat agar tidak berhenti untuk mencari ilmu. Pihak kerajaan atau agensi berkait telah mengambil inisiatif yang terbaik dengan menganjurkan pelbagai program latihan bagi penjawat awam. bagi melahirkan modal insan berkehadapan dan mengikut peredaran zaman dalam dunia pekerjaan. (Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi, Mohd Faeez Ilias, Mohd Amin Mohd Noh, Hasrol Basir, dan Sri Andayani Binti Mahdi Yusuf, 2018).
    Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu (Nur Amirah Ahmadol Marzuki, Zurinah Tahir & Nurfaradilla Mohamad Nasri, 2020).
    Pengurusan masa bermula semasa perindustrian revolusi dan menjadi idea moden untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan berkesan dan cekap. Pengurusan masa adalah salah satu kemahiran asas yang diperlukan untuk berjaya dalam hidup. Kecekapan kerja pejabat dapat mempercepat pencapaian sasaran yang digariskan dengan menghemat waktu dan usaha. Oleh itu, semua pekerja di pejabat dikehendaki bekerja dengan cekap dengan tujuan agar semua dapat mencapai kejayaan kolektif bersama. Seorang pekerja yang mempunyai hasil kerja yang kurang baik secara semula jadi akan menerima teguran dari kepemimpinannya, dan bahkan hubungan kerja dapat dihentikan jika dianggap berat. Pekerja ini termasuk pekerja yang tidak cekap, atau pekerja yang mempunyai kecekapan kerja yang rendah. Cara kerja yang cekap mestilah dipraktikkan dan dilaksanakan secara berterusan supaya kecekapannya dapat disertakan dengan semua orang supaya seluruh pejabat menjadi potensi besar (Cut dan Nurhabisah, 2018). 
    Kecekapan boleh dicapai berdasarkan syarat-syarat yang memaksimumkan keputusan terhadap tindakan di mana ia berhubung dengan sumber yang digunakan dan boleh dikira melalui perbandingan kesan yang diperolehi dalam usaha mereka. Mengukur kecekapan memerlukan menganggarkan kos di mana sumber yang telah digunakan. Secara umumnya, ia dapat dikenali sebagai input. Seterusmya, menganggarkan hasil atau output. Akhirnya, membandingkan kedua-duanya iaitu input dan output. Pengukuran ini dapat menentukan kecekapan dan keberkesanan keberkesanan kerja (Nur Amirah Ahmadol Marzuki, Zurinah Tahir & Nurfaradilla Mohamad Nasri, 2020).


3.0       Objektif Program

Objektif program adalah seperti berikut :

1. Memberi pendedahan dan menambah pengetahuan pegawai MySTEP DOSM mengenai tip dan trick dalam Microsoft Excel bagi menghasilkan tugasan secara lebih pantas dan sistematik dengan format yang konsisten.

2. Mempelajari cara-cara mengendali dan mendidik peserta melalui eservice learning.

3. Mengenalpasti tahap kefahaman & pengetahuan peserta mengenai Tips & Tricks dalam penggunaan aplikasi Microsoft Excel.


4.0       Organisasi Program

Penasihat Program                : Dr. Fatin Hazwani binti Siran
Ketua Program                      : Zuryanty binti Mohd Noor
Timbalan Ketua Program        : Norizayati binti Ngah
Setiausaha                            : Nurul Shafiqah binti Sharulnizan
Timbalan Setiausaha              : Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir
AJK Teknikal                          : Haziq bin Abdul Razak


5.0       Perancangan Dasar Program

Kumpulan kami akan memberi perkhidmatan service learning iaitu mengajar anggota MySTEP  Bahagian Perangkaan Perkhidmatan, Jabatan Perangkaan Malaysia berkenaan tips dan tricks sebagai salah satu cara terpantas untuk meningkatkan kemahiran menggunakan perisian Microsoft Excel. Bengkel Knowme Excel : Tips And Tricks akan diadakan seperti berikut 

Tempoh         :           13 dan 14 Jun 2022 (2 hari)
Masa              :           8.30 pagi hingga 10.30 pagi ( 2 jam)
Tempat       :           Bilik Latihan Komputer, Jabatan Perangkaan Malaysia


6.0       Perancangan Kerangka Masa /Time Frame/Milestone


Minggu

Tarikh

Perkara

1

3 - 9 April 2022

    Membentuk kumpulan.

    Membentuk kumpulan whatsapp bagi memudahkan maklumat disalurkan.

    Menyenaraikan beberapa idea untuk dibincangkan.

    Membincangkan tajuk program yang bersesuaian.

    Menyediakan kertas cadangan bagi program berkaitan servis learning.

2

10 - 16 April 2022

    Menyenaraikan beberapa idea untuk dibincangkan.

    Membincangkan tajuk program yang bersesuaian.

    Menyediakan kertas cadangan bagi program berkaitan servis learning.

    Mengadakan perbincangan secara atas talian dalam kumpulan untuk memperincikan  kertas cadangan program service learning yang akan dilaksanakan.

3

17 - 23 April 2022

    Memperincikan kertas cadangan bagi program berkaitan servis learning

    Menghantar kertas cadangan kepada pensyarah.

    Mendapatkan kelulusan daripada pensyarah.

4

24 - 30 April 2022

    Memperincikan kertas cadangan bagi program berkaitan servis learning.

    Mendapatkan maklum balas kertas cadangan daripada pensyarah.

    Mendapatkan kelulusan kertas cadangan daripada pensyarah.

5

1 - 7 Mei 2022

     Mengemaskini kertas cadangan berdasarkan komen pensyarah.

     Memperincikan kertas cadangan bagi program berkaitan servis learning

     Mendapatkan kelulusan kertas cadangan daripada pensyarah.

6

     8  - 14 Mei 2022

     Memperincikan dan memantapkan kertas cadangan program.

    Mendapatkan kelulusan sepenuhnya daripada pensyarah.

7

15 - 21 Mei 2022

Memantapkan kertas cadangan program dan mendapatkan kelulusan sepenuhnya daripada pensyarah.

Membentangkan kertas cadangan program secara atas talian menggunakan slides pembentangan kepada pensyarah.

Melakukan perbincangan semula dengan pensyarah dan membuat keputusan untuk menukar program kepada Bengkel KnowMe Excel: Tips and Tricks.

Membuat pembahagian tugasan bengkel.
Menyediakan nota untuk digunakan semasa pelaksanaan bengkel.

         Mereka bentuk poster untuk hebahan bengkel.

    8

    22 - 28 Mei 2022

    Memantapkan kertas cadangan program dan mendapatkan kelulusan sepenuhnya daripada pensyarah.

    Membuat pembahagian tugasan bengkel.
    Menyediakan nota untuk digunakan semasa pelaksanaan bengkel.

    Mereka bentuk poster untuk hebahan bengkel.

      9

      29 Mei – 4 Jun 2022

      Membuat pembahagian tugasan bengkel.

      Menyediakan nota untuk digunakan semasa pelaksanaan bengkel.

      Mereka bentuk poster untuk hebahan bengkel.
      Membuat lawatan tapak ke bilik latihan komputer.

        10

        5 – 11 Jun 2022

        Membahagikan tugas semasa bengkel dilaksanakan kepada setiap ahli untuk kelancaran semasa bengkel.

        Menyediakan nota untuk digunakan semasa pelaksanaan bengkel.

        Menyediakan google form untuk pendaftaran dan penilaian bengkel : keseluruhan dan penceramah.

        Mereka bentuk poster untuk hebahan bengkel.

          11

          12 - 18 Jun 2022

          Membahagikan tugas semasa projek dilaksanakan kepada setiap ahli untuk kelancaran projek.

          Menyediakan nota untuk digunakan semasa pelaksanaan bengkel.

          Menyediakan google form untuk pendaftaran dan penilaian bengkel : keseluruhan dan penceramah.

          Mengumpulkan peserta dalam satu kumpulan whatsapp untuk memudahkan urusan penyampaian maklumat kepada peserta mengenai bengkel.

          Melaksana bengkel pada 13 hingga 14 Jun 2022 di bilik latihan komputer, Jabatan Perangkaan Malaysia.

          Menjadi penceramah bengkel.

          Memuat naik google form penilaian bengkel : keseluruhan dan penceramah untuk mendapatkan maklum balas peserta.

          Mengumpul keputusan dan membuat analisis penilaian bengkel : keseluruhan dan penceramah.

          Mengemaskini refleksi bengkel menggunakan platform Blogspot.

            12

            19 - 25 Jun 2022

            Mengemaskini refleksi : buku skrap digital bengkel menggunakan platform blogspot.

            Mengemaskini laporan penuh bengkel.

              13

                  26  Jun - 2 Julai 2022

              Mengemaskini :
              -  refleksi : pendekatan swot analisis.
              - refleksi : buku skrap digital bengkel menggunakan platform blogspot.
              - laporan penuh bengkel.

              Mengadakan rakaman pembentangan Bengkel KnowMe Excel : Tips And Tricks.

                14

                3  - 9 Julai 2022 

                Mengemaskini :

                    -  refleksi : pendekatan swot analisis.
                   - refleksi : buku skrap digital Bengkel KnowMe Excel : Tips And Tricks menggunakan platform blogspot.
                   - laporan penuh Bengkel KnowMe Excel : Tips And Tricks

                 Menyunting rakaman video pembentangan Bengkel KnowMe Excel : Tips And Tricks.


                15

                10  - 16 Julai 2022

                Mengemaskini :
                -  refleksi : pendekatan swot analisis.
                -  refleksi : buku skrap digital Bengkel KnowMe Excel : Tips And Tricks menggunakan platform Blogspot.
                - laporan penuh Bengkel KnowMe Excel : Tips And Tricks

                Memuatnaik rakaman video pembentangan Bengkel KnowMe Excel : Tips And Tricks dalam platform You Tube.

                  16

                  17  - 23 Julai 2022

                  Membuat pembentangan dokumentasi projek. 

                  Menghantar laporan penuh


                  7.0       Batasan Kajian

                      Dalam kajian ini, kami membataskan kajian kepada perkara-perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas. Menurut Mohamad Najib (1999) dalam Mohd. Tarmizi (2007), penyelidik tidak akan dapat mengkaji semua perkara yang berkaitan dengan masalah kajian yang berkaitan. Oleh itu, skop kajian ini hanya menumpukan kepada pendekatan service learning sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran kepada anggota MySTEP dalam membantu mereka melaksanakan kerja yang diberikan dengan lebih pantas dan seterusnya menghasilkan mutu kerja dengan lebih baik dan mencapai kecekapan dalam bekerja.
                  Kajian ini hanya terbatas kepada anggota MySTEP di Bahagian Perangkaan Perkhidmatan, Jabatan Perangkaan Malaysia yang akan diadakan di Bilik Latihan Komputer, Jabatan Perangkaan Malaysia. MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​. Anggota MySTEP diambil sebagai peserta memandangkan mereka menggunakan Microsoft Office terutamanya Microsoft Excel dalam pelaksanaan kerja-kerja seharian. 

                  8.0       Kewangan

                  Tiada perbelanjaan yang diperlukan kerana :

                  1. Bilik latihan komputer yang digunakan adalah percuma.
                  2. Tiada kos perjalanan peserta
                  3. Tiada bayaran penceramah kerana tenaga pengajar terdiri daripada ahli kumpulan
                  4. Tiada keperluan pembelian peralatan kerana laptop dibawa sendiri oleh peserta.

                  9.0       Penutup

                      Kemahiran dan kecekapan teknologi maklumat (ICT) merupakan perkara yang menjadi keutamaan mengikut peredaran zaman pada masa kini. Oleh itu apabila anggota MySTEP dapat menguasai jalan pintas (short cut) menggunakan perisian Microsoft Excel melalui Bengkel Knowme Excel : Tips and Tricks tanpa mengabaikan kualiti kerja, ia menunjukkan mereka mampu menguruskan masa dengan lebih berkesan. Adalah diharapkan program ini dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya mengikut perancangan kerangka masa yang telah dirancang oleh ahli kumpulan dan memberi impak yang positif dalam kepada anggota MySTEP di Bahagian Perangkaan Perkhidmatan khususnya dan kepada ahli kumpulan amnya.


                  10.0     Rujukan

                  Deaton, M. P. (1990). Computer integration in the primary grades (ERIC     Document Reproduction Services No. ED 337 137).

                  Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi, Mohd Faeez Ilias, Mohd Amin Mohd Noh, Hasrol     Basir, dan Sri Andayani Binti Mahdi Yusuf. 2018. Kesedaran Penjawat Awam     Terhadap Keperluan Pendidikan Sepanjang Hayat : Satu Sorotan Kajian.

                  Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti     Teknologi Malaysia.

                  Mohd. Tarmizi Mohd. Zabidi (2007). Kajian Terhadap Permasalahan    yang     Dihadapi Guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Dalam Penyenggaraan     Bengkel (Kemahiran Manipulatif) Sekolah-sekolah Menengah Harian dan Sekolah     Menengah Agama di    Zon Sentol, Kuala Lumpur. Universiti Teknologi     Malaysia:Tesis Sarjana Muda.

                  Nur Amirah Ahmadol Marzuki, Zurinah Tahir & Nurfaradilla Mohamad Nasri (2020).

                  Penguasaan Kemahiran Teknologi Komunikasi Dan Maklumat (ICT) Terhadap     Kecekapan Kerja. Journal of Social Sciences and Humanities.


                  Comments

                  Popular posts from this blog

                  Laporan Penuh Bengkel KnowMe Excel : Tips & Tricks

                  Kesimpulan