Posts

Showing posts from July 10, 2022

Laporan Penuh Bengkel KnowMe Excel : Tips & Tricks

Image
      Service-Learning atau pembelajaran berasaskan khidmat merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mengoptimumkan pengalaman dalam berkhidmat kepada masyarakat. Tetapi, pandemik COVID-19 telah mengubah corak serta kaedah PdP daripada secara tradisional kepada secara maya dan menjadi norma baharu di Malaysia. Ketika negara kita melangkah ke fasa endemik COVID-19, taklimat, bengkel dan latihan telah mula dibenarkan secara bersemuka dengan pematuhan yang tinggi untuk mengelakkan jangkitan serta jumlah peserta perlu dihadkan bersesuaian dengan tempat program dilaksanakan.   Projek Bengkel KnowMe Excel : Tips and Tricks  adalah projek yang dilaksanakan di bawah keperluan subjek LMCR 2392, Pengurusan Masa dengan tema service learning dalam era pasca pandemik berdasarkan model kerangka nilai pengurusan masa. Bengkel KnowMe Excel : Tips and Tricks  akan memberi pendedahan mengenai cara mudah untuk menghasilkan kerja dengan lebih pantas ...

Video Pembentangan

Image
Ahli kumpulan bersetuju dengan cadangan supaya semua ahli kumpulan iaitu Saudari Norizayati binti Ngah, Saudari Nurul Shafiqah binti Sharulnizan , Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir , Saudara Haziq Bin Abd Razak dan Saudari Zuryanty binti Mohd Noor terlibat dalam penyediaan slides (termasuk mencari bahan-bahan) dan video pembentangan program Bengkel KnowMe Excel : Tips And Tricks. Ahli kumpulan turut bersetuju supaya hanya 3 orang ahli kumpulan sahaja yang akan menjadi pembentang/ presenter  untuk video pembentangan iaitu Saudari Nurul Shafiqah binti Sharulnizan , Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir dan Saudara Haziq Bin Abd Razak bagi mewujudkan konsistensi pembentangan dari awal hingga akhir. Ahli kumpulan turut bersetuju supaya pembentang mempamerkan wajah masing-masing untuk rakaman video pembentangan. Ahli kumpulan bersetuju supaya hasil rakaman video pembentangan akan dibincangkan   bersama dan sebarang penambahbaikan akan dilakukan untuk memastikan video ...

Slides Pembentangan Projek

Image
Berikut adalah slides pembentangan yang digunakan oleh Kumpulan 4 semasa pembentangan.

Analisis SWOT & Refleksi Kumpulan

Image
  Berikut merupakan Analisis SWOT & Refleksi Kumpulan ( https://anyflip.com/nfisq/atfb/ ) Pengenalan Pengurusan masa yang baik adalah apabila kita jelas dengan setiap aktiviti yang kita laksanakan mengikut pelan rancangan yang telah ditetapkan. Apabila kita jelas tentang penggunaan masa yang terbaik, kita menjadi lebih fokus dan produktif. Pengurusan masa yang baik membantu kita mencapai matlamat yang lebih besar, mengurangkan penangguhan dan meningkatkan produktiviti. Melalui pelaksanaan projek yang dilakukan oleh kumpulan ini, kami cuba untuk menguruskan masa dengan baik, lebih produktif, lebih cekap serta memenuhi tempoh dan tarikh yang ditetapkan atau lebih berkemungkinan bagi memenuhi tarikh akhir projek. Oleh itu, kami cuba memberi tumpuan kepada tugas yang paling penting dan sensitif serta mengehadkan jumlah masa yang terbuang untuk tugas yang tidak penting.             Pemilihan tajuk projek Bengkel KnowMe ...

Impak Service Learning Bengkel Knowme Excel : Tips & Tricks

    Tarikh Kemaskini : 13 Julai 2022 Mengikut Tracy secara definisi, kemahiran pengurusan masa membawa konotasi yang sama dengan kemahiran pengurusan kehidupan. Ini adalah kerana kemahiran pengurusan masa adalah satu kemahiran teras yang kerap digunakan dalam hamper kesemua aspek kehidupan manusia ( Jansen, 2006). Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kualiti kehidupan seseorang berkait rapat dengan pengurusan masa yang diamalkan olehnya. Kemahiran pengurusan masa membolehkan seseorang mencapai cita-cita yang diidamkan tanpa mengenepikan tanggungjawab terhadap keluarga. Dalam jangka masa panjang, kemahiran pengurusan masa turut memberi kepuasan dan kegembiraan yang mendalam. Justeru, kemahiran ini amat penting dikuasai oleh semua golongan termasuk pelajar universiti.  Menurut Kopper (2006), pengurusan masa ialah penguasaan ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan mengatur masa sehariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-ba...

Halangan Melaksanakan Projek

      Tarikh Kemaskini : 12 Julai 2022 Pengurusan masa yang baik dapat mengurangkan stres atau tekanan (Mackenzie, 1997 & Douglass, 1998). Ini adalah kerana kebanyakan punca-punca stres adalah berkaitan dengan masa. Kebiasaannya stres sering wujud apabila pelajar tidak dapat melakukan tugas-tugasnya mengikut tarikh akhir yang ditetapkan. Allock (1996) menyatakan bahawa setiap hari setiap individu pasti ada menetapkan atau menyetujui tarikh akhir. Masalah dengan tarikh akhir ialah sama ada individu tidak realistik secara menyeluruh atau bersetuju dengan tarikh akhir tanpa memikirkan implikasinya. Hal ini boleh menimbulkan ketegangan jika pelajar tidak mampu menyelesaikan kerja mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan (Hamizatun Akmal Md Yusof & Norzaini Azman. 2013).      Antara halangan projek ini dilaksanakan ialah jadual ahli kumpulan yang berbeza. Kami merupakan pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara hujung minggu di UKM. Oleh itu, kam...

Perbelanjaan Program

Tarikh Kemaskini : 12 Julai 2022 Setelah komen dan bimbingan daripada Dr. Fatin Hazwani binti Siran supaya ahli kumpulan mengunakan kemahiran sendiri untuk mengelakkan sebarang kos perbelanjaan, maka tiada sebarang perbelanjaan telah dikeluarkan memandangkan : 1. Bilik latihan komputer yang digunakan adalah percuma 2. Tiada kos perjalanan peserta 3. Tenaga pengajar terdiri daripada ahli kumpulan; dan 4. Tiada keperluan pembelian peralatan kerana laptop dibawa sendiri oleh peserta

Laporan Perkembangan Minggu ke 15 & 16

 Tarikh Kemaskini : 11 Julai 2022 Minggu 15  (10  - 16 Julai 2022) 13 Julai 2022 (Rabu) Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir telah siap mengemaskini laporan penuh Bengkel KnowMe Excel : Tips And Tricks. Saudari Zuryanty binti Mohd Noor telah siap mengemaskini refleksi : pendekatan SWOT analisis . Refleksi ini telah dimuat naik ke Buku Skrap Digital di https://bengkelexcel.blogspot.com dan boleh dicapai di https://bengkelexcel.blogspot.com/2022/07/analisis-swot-refleksi-kumpulan.html 14 Julai 2022 (Khamis) Saudari Norizayati binti Ngah dan Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir mengemaskini Buku Skrap Digital menggunakan platform Blogspot di https://bengkelexcel.blogspot.com dengan memasukkan Laporan Perkembangan Minggu 15 & 16. 16 Julai 2022 (Sabtu) Saudari Zuryanty binti Mohd Noor telah memuatnaik rakaman v ideo pembentangan ke atas platform You Tube. Saudari Norizayati binti Ngah menghantar laporan penuh melalui platform emel kepada Pensyarah. Selesai Mi...