Laporan Penuh Bengkel KnowMe Excel : Tips & Tricks
Service-Learning atau pembelajaran berasaskan khidmat merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mengoptimumkan pengalaman dalam berkhidmat kepada masyarakat. Tetapi, pandemik COVID-19 telah mengubah corak serta kaedah PdP daripada secara tradisional kepada secara maya dan menjadi norma baharu di Malaysia. Ketika negara kita melangkah ke fasa endemik COVID-19, taklimat, bengkel dan latihan telah mula dibenarkan secara bersemuka dengan pematuhan yang tinggi untuk mengelakkan jangkitan serta jumlah peserta perlu dihadkan bersesuaian dengan tempat program dilaksanakan.
Projek Bengkel
KnowMe Excel : Tips and Tricks adalah projek yang dilaksanakan di bawah
keperluan subjek LMCR 2392, Pengurusan Masa dengan tema service learning dalam era pasca pandemik berdasarkan model
kerangka nilai pengurusan masa. Bengkel KnowMe Excel : Tips and Tricks akan
memberi pendedahan mengenai cara mudah untuk menghasilkan kerja dengan lebih
pantas melalui aplikasi Microsoft Excel. Bengkel ini dianjurkan oleh lima (5)
orang mahasiswa Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia bagi
memenuhi keperluan akademik Kursus Pengurusan Masa (LMCR 2392). Untuk
memastikan pengurusan masa setiap ahli kumpulan dapat diuruskan dengan baik,
pembahagian tugasan telah diberikan kepada setiap ahli kumpulan bagi memudahkan
bengkel ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Baca seterusnya di pautan ini 👉 https://anyflip.com/nfisq/icuk/

Comments
Post a Comment