Laporan Perkembangan Minggu ke 7 & 8
Tarikh Kemaskini : 26 Mei 2022 Minggu 7 (15-21 Mei 2022) 21 Mei 2022 (Sabtu) Dr. Fatin Hazwani binti Siran telah memberikan beberapa komen berkenaan kertas cadangan Bengkel MyIqra : Makhraj Huruf. Ini kerana bengkel yang dipilih melibatkan kos sebanyak RM300. Beliau menyarankan supaya ahli kumpulan memilih tajuk lain yang bersesuaian yang tidak memerlukan kos dan mencadangkan program dilaksanakan oleh ahli kumpulan berdasarkan kemahiran ahli kumpulan yang bersesuaian. Ahli kumpulan terus segera membuat perbincangan secara atas talian pada pukul 2.00 petang melalui Microsoft Teams. Perbincangan dijalankan di atas talian kerana ia menjimatkan masa serta kos. Kami tidak perlu membelanjakan kos pengangkutan di samping perbincangan dapat dilakukan pada bila-bila masa sesuai dengan norma baharu pasca pandemik. Seterusnya pada pukul 8.00 malam, ahli kumpulan membuat perbincangan secara atas talian melalui Microsoft Teams bersama Dr. Fatin Hazwani binti Siran untuk mencadangkan taj...