Laporan Perkembangan Minggu ke 1 & 2

 Tarikh Kemaskini : 23 Mei 2022

Minggu 1  (3-9 April 2022)

9 April 2022 (Sabtu)

  • Kuliah pertama LMCR 2392 Pengurusan Masa.
  • Kumpulan telah berjaya dibentuk dan diberi nama Kumpulan 4.
  • Setiap ahli kumpulan diminta menulis nama dan nombor matrik masing-masing untuk dihantar kepada Dr. Fatin Hazwani binti Siran di dalam platform Telegram kelas.
  • Pada peringkat awal, Kumpulan 4 dianggotai seramai 6 orang. Walaubagaimanapun, Muhammad Aliq Yussairi bin Nor Azlee menangguhkan pengajian semester ini kerana ingin memberi tumpuan kepada ayahnya yang menghidap kanser. Oleh itu Kumpulan 4 hanya dianggotai oleh 5 orang ahli.



Minggu 2  (10-16 April 2022)

11 April 2022 (Isnin)
  • Saudari Norizayati binti Ngah menubuhkan Kumpulan Whatsapp Masa Itu Emas (Kumpulan 4) untuk memudahkan komunikasi dalam kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli kumpulan.
  • Saudari Norizayati binti Ngah turut memaklumkan kepada peserta tentang objektif penubuhan kumpulan whatsapp kepada semua peserta.



12 April 2022 (Selasa)
  • Saudari Zuryanty binti Mohd Noor mengadakan perbincangan dalam medium whatsapp Kumpulan 4 untuk menyediakan  kertas cadangan bengkel service learning yang akan dilaksanakan bersama ahli kumpulan.
  • Ahli kumpulan menyenaraikan beberapa cadangan tentang service learning yang akan dijalankan.
  • Saudari Norizayati binti Ngah telah mengemukakan tajuk Bengkel Komputer : How to Use Excel Professionally.
  • Saudari Nurul Shafiqah binti Sharulnizan telah mengemukakan tajuk Bengkel MyIqra : Makhraj Huruf.
  • Saudari Zuryanty binti Mohd Noor telah mengemukakan tajuk Mari Belajar Khat : Pengenalan dan Asas Ilmu Khat secara online kepada kanak-kanak di Putrajaya.
  • Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir telah mengemukakan tajuk Jom Selami Ilmu Tajwid.
  • Saudara Mohd Haziq Bin Abd Razak telah mengemukakan tajuk berkenaan e-perolehan.
13 April 2022 (Rabu)
  • Saudari Norizayati binti Ngah meminta supaya setiap cadangan diperincikan di dalam slide pembentangan bagi memudahkan pemilihan tajuk service learning.
  • Saudari Zuryanty binti Mohd Noor mengemaskini kertas cadangan bagi program berkaitan servis learning.








Comments

Popular posts from this blog

Laporan Penuh Bengkel KnowMe Excel : Tips & Tricks

Kesimpulan