Laporan Perkembangan Minggu ke 7 & 8
Tarikh Kemaskini : 26 Mei 2022
Minggu 7 (15-21 Mei 2022)
21 Mei 2022 (Sabtu)
- Dr. Fatin Hazwani binti Siran telah memberikan beberapa komen berkenaan kertas cadangan Bengkel MyIqra : Makhraj Huruf. Ini kerana bengkel yang dipilih melibatkan kos sebanyak RM300. Beliau menyarankan supaya ahli kumpulan memilih tajuk lain yang bersesuaian yang tidak memerlukan kos dan mencadangkan program dilaksanakan oleh ahli kumpulan berdasarkan kemahiran ahli kumpulan yang bersesuaian.
- Ahli kumpulan terus segera membuat perbincangan secara atas talian pada pukul 2.00 petang melalui Microsoft Teams. Perbincangan dijalankan di atas talian kerana ia menjimatkan masa serta kos. Kami tidak perlu membelanjakan kos pengangkutan di samping perbincangan dapat dilakukan pada bila-bila masa sesuai dengan norma baharu pasca pandemik.
- Seterusnya pada pukul 8.00 malam, ahli kumpulan membuat perbincangan secara atas talian melalui Microsoft Teams bersama Dr. Fatin Hazwani binti Siran untuk mencadangkan tajuk program service learning yang bersesuaian.
- Saudari Norizayati binti Ngah mencadangkan tajuk Bengkel Knowme Excel : Tips dan Tricks semasa perbincangan.
- Dr. Fatin Hazwani binti Siran memberikan komen dan pandangan beliau berkenaan program Bengkel Knowme Excel : Tips dan Tricks.
Minggu 8 (22-28 Mei 2022)
22 Mei 2022 (Ahad)
- Saudari Norizayati binti Ngah mengemaskini kertas cadangan Bengkel KnowMe Excel: Tips and Tricks.
- Organisasi Bengkel KnowMe Excel: Tips and Tricks telah dibentuk seperti berikut :
o
Ketua
Program :
Norizayati binti Ngah
o
Timbalan
Ketua Program : Zuryanty binti Mohd
Noor
o
Setiausaha : Nurul Shafiqah
binti Sharulnizan
o
Timbalan
Setiausaha : Nurul Syafiqah
binti Mohd Nasir
o
AJK
Teknikal : Haziq
bin Abdul Razak
Buku Skrap Digital
- Saudari Norizayati binti Ngah mengemaskini Buku Skrap Digital menggunakan platform Blogspot di https://bengkelexcel.blogspot.com dengan memasukkan Kertas Cadangan Bengkel KnowMe Excel: Tips and Tricks.
- Saudari Zuryanty binti Mohd Noor mengemaskini Buku Skrap Digital menggunakan platform Blogspot di https://bengkelexcel.blogspot.com dengan memasukkan Laporan Perkembangan Minggu 1 & 2.
- Saudari Nurul Shafiqah binti Sharulnizan, Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir, Saudara Haziq bin Abd Razak mengemaskini Buku Skrap Digital menggunakan platform Blogspot di https://bengkelexcel.blogspot.com dengan memasukkan Laporan Perkembangan Minggu 3 & 4 serta 5 & 6
24 Mei 2022 (Selasa)
- Saudari Nurul Shafiqah binti Sharulnizan, Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir, Saudara Haziq bin Abd Razak dan Saudari Zuryanty binti Mohd Noor mengemaskini kertas cadangan Bengkel KnowMe Excel: Tips and Tricks.
- Saudara Haziq Bin Abd Razak menambahbaik reka bentuk poster berdasarkan maklum balas ahli kumpulan.

Comments
Post a Comment