Kesimpulan
Berdasarkan pengalaman kami dalam merancang
dan melaksanakan Bengkel KnowMe Excel : Tips & Tricks ini,
terdapat pelbagai masalah dan halangan yang timbul sepanjang bengkel ini
dijalankan. Akan tetapi kami berjaya menghadapi cabaran yang datang dengan baik
atas kerjasama daripada semua ahli. Walaupun kami mempunyai percanggahan
pendapat dan masalah dalam menguruskan masa, kami berjaya mengatasinya dengan
perbincangan dan pembahagian tugas dengan teratur supaya perjalanan untuk
melaksanakan bengkel ini berjalan dengan lancar. Program bengkel ini telah
mendapat sambutan dan komen yang positif daripada para peserta yang hadir
kerana ianya memberi pelbagai ilmu baru dan pengalaman yang bermanfaat kepada
mereka. Selain daripada mendapat ilmu baru tentang excel, secara tidak langsung
mereka juga didedahkan tentang cara menguruskan masa ketika sedang bekerja. Atas permintaan para peserta, kami
bercadang untuk meneruskan dan menambah masa bagi program bengkel ini dengan Tips & Tricks yang lain kerana ianya
amat berguna bagi memudahkan kerja dan tugas mereka.
Secara keseluruhannya, pengurusan masa amat penting
dalam kehidupan seharian kita kerana ianya menentukan samada kita mendapat
hasil kerja yang baik atau sebaliknya. Cara berkomunikasi sesama ahli juga
penting dalam menyampaikan sesuatu atau
input supaya mudah difahami dan diterima. Justeru itu, keseluruhan program
bengkel ini tidak dapat dicapai dengan baik tanpa sokongan dan kerjasama
daripada semua ahli.
Comments
Post a Comment