Laporan Perkembangan Minggu ke 3 & 4

 Tarikh Kemaskini : 24 Mei 2022

Minggu 3  (17-23 April 2022)

17 April 2022 (Ahad)

  • Ahli kumpulan bersetuju dengan cadangan Saudari Nurul Shafiqah binti Sharulnizan untuk melakukan Bengkel MyIqra : Makhraj Huruf yang akan dikendalikan oleh Cik Mahfuzah Yusuf, founder Yusra Quranic Learning Centre yang mempunyai 99.5 ribu pengikut di Tik Tok.
  • Ahli Kumpulan bersetuju untuk membentuk organisasi program seperti berikut :

o   Penasihat Program                 : Dr. Fatin Hazwani binti Siran

o   Ketua Program                      : Zuryanty binti Mohd Noor

o   Timbalan Ketua Program        : Norizayati binti Ngah

o   Setiausaha                           : Nurul Shafiqah binti Sharulnizan

o   Timbalan Setiausaha             : Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir

o   AJK Teknikal                         : Haziq bin Abdul Razak


  • Saudari Norizayati binti Ngah memuatnaik kertas cadangan Bengkel My Iqra : Makhraj Huruf ke dalam platform Telegram kelas untuk mendapatkan pandangan dan komen dari Dr. Fatin Hazwani binti Siran selaku pensyarah dan penasihat program.



18 April 2022 (Isnin)

  • Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir telah berhubung dengan pihak Yusra Quranic Learning Centre mengenai bengkel yang bakal dijalankan.
  • Ahli kumpulan bersetuju dengan cadangan supaya saguhati sebanyak RM300 diberikan kepada pihak penceramah
  • Ahli kumpulan telah menyediakan kertas cadangan untuk dihantar kepada Dr. Fatin Hazwani binti Siran.

19 April 2022 (Selasa)

  • Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir mengemaskini kertas cadangan bagi program berkaitan servis learning.

21 April 2022 (Khamis)


Saudari Norizayati binti Ngah memuatnaik semula kertas cadangan Bengkel My 

Iqra : Makhraj Huruf ke dalam platform Telegram kelas untuk mendapatkan

pandangan dan komen dari Dr. Fatin Hazwani binti Siran selaku pensyarah dan 

penasihat program.


Minggu 4  (24-30 April 2022)

24 April 2022 (Khamis)

  • Ahli Kumpulan mengemaskini kertas cadangan dan slides pembentangan Bengkel MyIqra : Makhraj Huruf.
  • Ahli Kumpulan membuat perbincangan secara atas talian bagi perincian Bengkel MyIqra : Makhraj Huruf.




Comments

Popular posts from this blog

Laporan Penuh Bengkel KnowMe Excel : Tips & Tricks

Kesimpulan