Laporan Perkembangan Minggu ke 11 & 12
Minggu 11 (12 - 18 Jun 2022)
12 Jun 2022 (Ahad)
Saudari
Norizayati binti Ngah mengumpulkan 20 peserta termasuk 5 ahli Kumpulan 4 dalam satu kumpulan whatsapp untuk
memudahkan urusan penyampaian maklumat kepada peserta mengenai bengkel.
ü
Semasa
Projek
13 - 14 Jun 2022 (Isnin &
Selasa)
Hari Pertama –
13 Jun 2022 (Isnin)
Saudara Haziq Bin Abd Razak memuatnaik poster di dalam kumpulan
whatsapp sebagai peringatan berkenaan bengkel yang akan diadakan pada pukul
7.30 pagi.
Bengkel ini dihadiri oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada MySTEP
Bahagian Perangkaan Perkhidmatan, Jabatan Perangkaan Malaysia.
Berikut merupakan aturcara bengkel pada hari pertama.
Hari Pertama – 13 Jun 2022 (Isnin)
|
Masa |
Perkara |
Fasilitator |
|
8.30 – 9.00 pagi |
Ucapan Aluan Moderator/ Penerangan ringkas tentang perjalanan bengkel |
Norizayati Ngah Zuryanty binti Mohd Noor |
|
9.00 – 9.30 pagi |
Tip & Trick 1 : VLOOKUP Function |
Norizayati Ngah |
|
9.30 – 10.00 pagi |
Tip & Trick 2 : TRIM Data/PIVOT Table |
Norizayati Ngah |
|
10.00 – 10.30 pagi |
Tip & Trick 3 : PROPER, UPPER, LOWER/CONDITIONAL FORMATING/ Kuiz |
Zuryanty binti Mohd Noor |
Pada pukul 8.30 pagi hingga 9.00 pagi telah diadakan ucapan aluan
moderator/ Penerangan ringkas tentang perjalanan bengkel oleh saudari
Norizayati Ngah dan Zuryanty binti Mohd Noor. Selepas
itu, program diteruskan dengan Tip & Trick 1 : VLOOKUP Function pada pukul 9.00 hingga 9.30 pagi dan Tip
& Trick 2 : TRIM Data pada pukul 9.30 hingga 10.00 pagi oleh
saudari Norizayati Ngah. Pada jam 10.00 hingga 10.30 pagi, Tip &
Trick 3 : PROPER, UPPER, LOWER/CONDITIONAL FORMATING telah disampaikan
oleh saudari Zuryanty binti Mohd Noor.
Cik Norizayati binti Ngah dan Puan Zuryanty binti Mohd Noor sebagai
penceramah bengkel
Antara peserta yang hadir ke Bengkel Knowme Excel : Tips & Tricks.
Antara peserta yang hadir ke Bengkel Knowme Excel : Tips & Tricks. Peserta membuka mask hanya untuk tujuan dokumentasi
projek sahaja.
Cik Norizayati binti Ngah memberikan penerangan berkenaan VLOOKUP
Function dan IF ELSE Case
Pada hari pertama kami sepakat untuk mengadakan kuiz
secara mengejut untuk menguji tahap kefahaman peserta. Semua peserta dapat
menjawab dengan baik. Kuiz sebenar adalah pada hari kedua.
Cik Norizayati binti Ngah dan Puan Zuryanty binti Mohd Noor membuat rumusan untuk hari pertama.
Alhamdulillah hari pertama bengkel berjalan dengan
jayanya.
Hari Kedua – 14 Jun 2022 (Selasa)
Berikut merupakan aturcara bengkel pada
hari kedua.
Hari Kedua – 14 Jun 2022 (Selasa)
|
Masa |
Perkara |
Fasilitator |
|
8.30 – 9.00 pagi |
Tip & Trick 4 : CONCATENATE/UNIQUE FUNCTION |
Zuryanty
binti Mohd Noor |
|
9.00 – 9.30 pagi |
Tip & Trick 5 : TEXT JOIN/NOMBOR BERTURUTAN |
Zuryanty
binti Mohd Noor |
|
9.30 – 10.00 pagi |
Tip & Trick 6 : BLANK CELL TRICK/TEXT SPLIT |
Norizayati Ngah |
|
10.00 – 10.30 pagi |
Ujian/ Maklum Balas Peserta |
Haziq Bin
Abd Razak Nurul
Syafiqah binti Sharulnizan Nurul
Syafiqah Binti Mohd Nasir |
Bengkel diteruskan dengan Tip & Trick 4 : CONCATENATE/UNIQUE
FUNCTION oleh saudari Zuryanty
binti Mohd Noor pada pukul 8.30 hingga 9.00 pagi dan diikuti
dengan Tip & Trick 5 : TEXT JOIN/NOMBOR BERTURUTAN sehingga
pukul 9.30 pagi. Seterusnya, saudari Norizayati binti Ngah
meneruskan bengkel pada pukul 9.30 hingga 10.00 pagi dengan Tip &
Trick 6 : BLANK CELL TRICK/TEXT SPLIT. Pada pukul 10.00 hingga 10.30
pagi, pautan google form yang telah disediakan oleh saudara Haziq bin Abd Razak dan saudari Nurul Syafiqah binti Sharulnizam telah
dimuatnaik.
Cik Norizayati binti Ngah dan Puan Zuryanty binti
Mohd Noor berbincang sebelum bengkel hari kedua bermula.
Cik Norizayati binti Ngah dan Puan Zuryanty binti Mohd Noor membantu para
peserta secara one to one untuk
memahami dengan lebih jelas.
15 Jun 2022 (Rabu)
Saudari Nurul Shafiqah binti
Sharulnizan dan saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir telah mengumpul semua
maklum balas daripada peserta Bengkel KnowMe Excel: Tips and Tricks.
Berikut adalah antara maklum balas
peserta terhadap Bengkel KnowMe Excel Tips and Tricks dan
penceramah:
“Proses pembelajaran yang sangat mudah
difahami, penganjur perlu menambah masa supaya dapat berkongsi lebih banyak
ilmu Excel kerana cara penceramah menyampaikan ilmu sangat best”
Siti Asma
Binti Wan Kamaruddin
“Banyak ilmu baru berkaitan Excel yang
dipelajari semasa bengkel, tapi malangnya masa sangat singkat kerana rasa
seronok belajar Tips and Tricks Excel ni”
Shaheela
Sulaiman dan Nursyafiqah Fathiah Omar
“Penyampaian yang jelas dan mudah difahami
oleh penceramah”
Siti
Nadira binti Hamid
“Proses pembelajaran dan nota yang diberikan
semasa bengkel bertepatan dengan isi bengkel dan bengkel ini patut diteruskan
lagi supaya lebih ramai dapat tambah ilmu mereka berkaitan Excel”
Rosmawati
binti Ramli
Kebanyakan peserta meminta supaya bengkel ini diteruskan lagi dan masa bengkel
dipanjangkan kerana ianya memberi manfaat dan ilmu yang berguna kepada mereka.
Kami akan pertimbangkan cadangan dan permintaan mereka memandangkan
bengkel ini mendapat sambutan yang baik daripada peserta dan memberi ilmu yang
bermanfaat kepada semua orang.
16 Jun 2022 (Khamis)
Saudari Nurul Shafiqah binti
Sharulnizan dan Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd Nasir membuat analisis penilaian bengkel : keseluruhan dan penceramah pada 16
Jun 2022.
17 Jun 2022
(Jumaat)
Saudari Norizayati binti Ngah mengemaskini Refleksi : Buku Skrap Digital Bengkel KnowMe Excel : Tips And Tricks menggunakan platform Blogspot.
iii.
Ujian
Kuiz mudah telah diadakan pada hari pertama. Ujian telah
diadakan pada hari kedua untuk menguji tahap kefahaman peserta. Rujuk
Lampiran 2 untuk contoh soalan dan Lampiran 3 untuk markah ujian peserta.
Secara keseluruhan, semua peserta menunjukkan keputusan yang sangat cemerlang
iaitu memperoleh markah keseluruhan sebanyak 93%. Adalah diharapkan semua
peserta dapat meneruskan kecemerlangan ini dan mengaplikasikan semua yang
dipelajari dalam pekerjaan pada masa akan datang. (Rujuk Lampiran 2 dan 3).
Minggu
12 (19 - 25 Jun 2022)
19 Jun 2022 (Ahad)
Saudari Zuryanty binti Mohd Noor mengemaskini Buku Skrap Digital menggunakan platform Blogspot di https://bengkelexcel.blogspot.com dengan memasukkan Laporan Perkembangan Minggu 11 & 12.
20 Jun 2022
(Isnin)
·
Saudari
Nurul Shafiqah binti Sharulnizan,
Saudari Nurul Syafiqah binti Mohd
Nasir, Saudara Haziq Bin Abd Razak mencari bahan-bahan untuk dimasukkan dalam slides
video pembentangan program.
21 Jun 2022
(Selasa)
Saudari Zuryanty binti Mohd
Noor mengemaskini refleksi : pendekatan SWOT
analisis.
22 Jun 2022
(Rabu)
Saudari Norizayati binti
Ngah dan Saudara Haziq Bin Abd Razak mencari
bahan-bahan untuk dimasukkan
dalam slides video pembentangan program.













proses pembelajaran bengkel excel menarik dan bagus , harap dapat diteruskan lagi.
ReplyDelete